Indeks
Glosari
- Agama Persekutuan
- agama Islam; agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai (Perkara 3) m/s 225 T4 Bab 9
- Akta 32
- nama lain Akta Bahasa Kebangsaan yang digubal di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan m/s 148 T5 Bab 7
- AMCJA
- All Malaya Council of Joint Action; gabungan golongan bukan Melayu yang dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock m/s 128 T4 Bab 5
- Anglo Malayan Defence Agreement (AMDA)
- perjanjian pertahanan dengan Britain yang dimeterai pada tahun 1957 m/s 243 T4 Bab 10
- Badan eksekutif
- badan pemerintah yang melaksanakan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Persekutuan m/s 54 T5 Bab 3
- Badan kehakiman
- badan yang bertanggungjawab mentafsirkan dan melaksanakan undang-undang serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan m/s 55 T5 Bab 3
- Badan perundangan
- badan yang berfungsi menggubal undang-undang: Parlimen (Persekutuan) dan Dewan Undangan Negeri (negeri) m/s 53 T5 Bab 3
- Bahasa ilmu
- bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga peringkat tinggi m/s 148 T5 Bab 7
- Bahasa kebangsaan
- bahasa Melayu; dijadikan bahasa pengantar dan bahasa komunikasi (Perkara 152) m/s 225 T4 Bab 9
- Bahasa rasmi
- bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu urusan pentadbiran, sistem pendidikan, urusan perdagangan dan kehakiman m/s 148 T5 Bab 7
- Baju muskat
- pakaian dari negeri Kedah yang diubah suai untuk menteri pada hari merdeka, lengkap dengan seluar satin hitam, samping dan tengkolok m/s 237 T4 Bab 10
- Bapa Kemerdekaan Tanah Air
- gelaran yang diberikan kepada Tunku Abdul Rahman, ditulis pada Pingat Emas yang dikalungkan kepadanya m/s 239 T4 Bab 10
- Barisan Bersatu (United Front)
- gabungan pemimpin Borneo pada 9 Ogos 1961 untuk mencabar rancangan pembentukan Malaysia m/s 96 T5 Bab 5
- BBCAU
- British Borneo Civil Affairs Unit; pentadbiran tentera yang diperkenalkan oleh tentera Australia di Kuching m/s 107 T4 Bab 4
- Bentuk A dan Bentuk B
- dua bentuk penyata susunan MPP oleh Jawatankuasa Pilihan Raya; berbeza pada bilangan ahli yang dipilih dan tempoh pilihan raya m/s 198 T4 Bab 8
- Blitzkrieg
- serangan kilat: kapal terbang mengebom sasaran, diikuti kereta kebal dan tentera bermotosikal m/s 60 T4 Bab 3
- Blok Sterling
- penyertaan yang bermaksud negara menggunakan Pound Sterling dalam urusan perdagangan antarabangsa m/s 243 T4 Bab 10
- British Military Administration (BMA)
- pentadbiran tentera British di bawah arahan Lord Mountbatten yang bermula selepas Jepun menyerah kalah m/s 94 T4 Bab 4
- Cawangan Khas
- badan perisikan (Special Branch) yang ditubuhkan oleh Guy C. Madoc dan menjadi sebahagian daripada pasukan polis m/s 153 T4 Bab 6
- Cession Bill
- Rang Undang-Undang Penyerahan yang dikeluarkan oleh Majlis Negeri Sarawak m/s 108 T4 Bab 4
- Charter of Justice
- undang-undang yang diambil dari England dan diperkenalkan di NNS untuk melindungi penduduk asal daripada penindasan dan ketidakadilan m/s 24 T5 Bab 2
- CLC
- Communities Liaison Committee atau Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum; memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum m/s 137 T4 Bab 5 m/s 174 T4 Bab 7
- Comintern
- The Communist International yang berpusat di Moscow; mengarahkan penubuhan PKN dan kemudiannya PKM m/s 146 T4 Bab 6
- Council Negri
- Majlis Negeri Sarawak; badan membuat undang-undang dengan 45 orang ahli, dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha m/s 24 T5 Bab 2
- Dahagi India 1857
- pemberontakan sepoi (askar upahan British berbangsa India) terhadap ancaman British kepada adat, budaya dan agama m/s 26 T4 Bab 2
- Dasar Aparteid
- pemisahan antara kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam di Afrika Selatan m/s 207 T5 Bab 9
- Dasar dekolonisasi
- dasar British menyediakan langkah berkerajaan sendiri secara beransur-ansur kepada tanah jajahannya m/s 178 T4 Bab 7
- Dasar desentralisasi
- dasar British untuk mengembalikan kuasa sultan, residen dan Majlis Mesyuarat Negeri m/s 42 T4 Bab 2
- Dasar Ekonomi Baru (DEB)
- rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara selama 20 tahun untuk memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum, antara wilayah dan dalam wilayah m/s 166 T5 Bab 8
- Dasar luar negara
- tindakan pihak kerajaan dalam menjalinkan hubungan dengan negara lain m/s 192 T5 Bab 9
- Daulah
- kata bahasa Arab asal perkataan kedaulatan; bermaksud kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan m/s 4 T5 Bab 1
- Demokrasi Berparlimen
- demokrasi yang dijalankan secara perwakilan melalui proses pilihan raya m/s 8 T5 Bab 1
- Dewan Negara (Senat)
- dewan tertinggi dalam sistem perundangan negara; membahaskan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih teliti m/s 53 T5 Bab 3
- Durbar
- perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja Melayu dengan British m/s 42 T5 Bab 3
- ESSCOM
- Eastern Sabah Security Command atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah m/s 79 T5 Bab 4
- ESSZONE
- Eastern Sabah Security Zone atau Zon Keselamatan Timur Sabah: 10 daerah di Pantai Timur Sabah m/s 79 T5 Bab 4
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- falsafah yang menekankan pendidikan menyeluruh dan bersepadu untuk membentuk pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek m/s 146 T5 Bab 7
- Gas rumah hijau
- peningkatan kadar gas karbon dioksida di atmosfera yang memanaskan bumi akibat aktiviti manusia m/s 239 T5 Bab 10
- Giyu Gun
- Pembela Tanah Air (PETA), pasukan tentera sukarela untuk membantu Jepun mempertahankan Tanah Melayu m/s 80 T4 Bab 3
- Giyu Tai
- pasukan yang membantu pertahanan pesisiran pantai dan menjaga ketenteraman awam m/s 80 T4 Bab 3
- Golongan pertengahan
- masyarakat baharu di bandar: golongan profesional, pemodal, teknikal, pentadbiran dan pengurusan m/s 181 T5 Bab 8
- Hak asasi
- hak yang dimiliki oleh seseorang individu di sisi undang-undang seperti kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat m/s 247 T4 Bab 10
- Hari Kematian
- gelaran orang Melayu bagi hari lahirnya Malayan Union; mereka memakai lilitan kain putih di songkok sebagai tanda berkabung m/s 105 T4 Bab 4
- Hari Penyerahan (Cession Day)
- upacara penyerahan Sarawak kepada British pada 1 Julai 1946 di hadapan bangunan Mahkamah, Pangkalan Batu, Kuching, sebagai tanda British menerima penyerahan secara rasmi m/s 122 T4 Bab 4
- Hartal
- tindakan tutup kedai dan memberhentikan semua kegiatan ekonomi oleh peniaga sebagai protes tanpa keganasan m/s 131 T4 Bab 5
- Home Guard
- pasukan Pengawal Kampung yang menyekat bekalan makanan dan ubatan daripada jatuh ke tangan komunis m/s 155 T4 Bab 6
- Idea gagasan Malaysia
- konsep yang menggabungkan beberapa bekas tanah jajahan British di Asia Tenggara m/s 90 T5 Bab 5
- Ideologi
- fahaman atau ajaran yang digunakan atau dicita-citakan untuk dasar pemerintahan dan tujuan lain m/s 157 T5 Bab 7
- Industri kecil dan sederhana (IKS)
- industri pembuatan barangan menggunakan modal yang kecil dan tenaga kerja yang tidak ramai m/s 172 T5 Bab 8
- Integrasi nasional
- proses dinamik yang merapatkan hubungan masyarakat antara negeri dengan wilayah bagi membentuk satu bangsa m/s 140 T5 Bab 7
- Isu kasut
- perbuatan orang British memakai kasut ke dalam kuil Buddha, dianggap mencemari kesucian agama Buddha m/s 28 T4 Bab 2
- Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
- Inter-Governmental Committee; menyediakan rangka perlembagaan dan melindungi kepentingan Sarawak dan Sabah m/s 102 T5 Bab 5
- Jawatankuasa Muhibah
- jawatankuasa pemimpin masyarakat dan politik Perak yang merayu penduduk agar bertenang m/s 131 T5 Bab 6
- Jawatankuasa Pilihan Raya
- jawatankuasa 46 orang ahli yang dibentuk untuk mengkaji hal ehwal pilihan raya yang akan dijalankan m/s 198 T4 Bab 8
- Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)
- Malaysia Solidarity Consultative Committee (MSCC); jawatankuasa untuk meyakinkan penduduk Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia m/s 99 T5 Bab 5
- Jerebu
- fenomena pencemaran udara yang menjejaskan jarak penglihatan dan kesihatan, disebabkan pembakaran terbuka yang tidak terkawal m/s 243 T5 Bab 10
- Jinsiyyah dan wataniyyah
- semangat kebangsaan dan cinta akan tanah air yang merdeka, menurut Sayyid Jamal al-Din al-Afghani m/s 234 T4 Bab 10
- Jus soli
- syarat kewarganegaraan berdasarkan tempat lahir; menjadi asas kewarganegaraan Malayan Union m/s 96 T4 Bab 4 m/s 222 T4 Bab 9
- Kabinet pertama
- Jemaah Menteri yang dibentuk oleh Ketua Menteri Tunku Abdul Rahman selepas Pilihan Raya Umum 1955 m/s 206 T4 Bab 8
- Kampung Baru
- kawasan penempatan semula penduduk setinggan di pinggir hutan, dipagari kawat berduri dan dikawal Special Constables m/s 157 T4 Bab 6
- Kapal layar
- logo Parti Perikatan; lambang kesediaan menempuh cabaran dan rintangan untuk mencapai kemerdekaan m/s 187 T4 Bab 7
- Kawasan hitam
- kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif dan dikenakan perintah berkurung m/s 160 T4 Bab 6
- Kawasan pegangan
- kawasan yang dikurniakan sultan kepada Pembesar Berempat untuk ditadbir m/s 9 T4 Bab 1
- Kedaulatan
- lambang kekuasaan tertinggi sultan; hak mutlak mengawal rakyat dan wilayah m/s 6 T4 Bab 1 m/s 246 T4 Bab 10 m/s 4 T5 Bab 1
- Kedaulatan antarabangsa
- pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap sesebuah negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain m/s 7 T5 Bab 1
- Kedaulatan moden
- kedaulatan yang dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa, hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan m/s 6 T5 Bab 1
- Kedaulatan tradisional
- sistem pemerintahan berkuasa mutlak yang menguasai sepenuhnya segala urusan negara m/s 6 T5 Bab 1
- Kedaulatan undang-undang
- kerajaan dan rakyat keseluruhannya tertakluk di bawah undang-undang m/s 247 T4 Bab 10 m/s 7 T5 Bab 1
- Keluhuran Perlembagaan
- Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi; undang-undang Parlimen dan DUN tidak boleh bertentangan dengannya m/s 80 T5 Bab 4 m/s 159 T5 Bab 7
- Kempeitai
- pasukan polis tentera Jepun yang ganas dan kejam terhadap sesiapa yang disyaki menentang Jepun m/s 70 T4 Bab 3
- Kerajaan Tempatan (PBT)
- kerajaan peringkat ketiga yang mentadbir kawasan tempatan atau daerah kecil yang diwartakan; di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri m/s 71 T5 Bab 4
- Kerjasama pembangunan segi tiga
- pembangunan wilayah baharu yang dimajukan bersama-sama negara anggota ASEAN untuk keuntungan bersama m/s 231 T5 Bab 10
- Kerjasama politik
- perkongsian kuasa antara kaum berdasarkan prinsip tolak ansur, perundingan dan pengorbanan supaya suara setiap kaum diwakili m/s 57 T5 Bab 3
- Kesultanan Melayu
- kerajaan yang mempunyai pertalian dengan Kesultanan Melayu Melaka sama ada dari segi keturunan mahupun pernah menjadi naungan atau jajahan takluknya m/s 38 T5 Bab 3
- Komanwel
- pertubuhan sukarela yang dianggotai oleh negara merdeka yang pernah dijajah oleh British m/s 243 T4 Bab 10 m/s 206 T5 Bab 9
- Komunisme
- fahaman politik yang menjadikan ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara; diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels m/s 146 T4 Bab 6
- Konfederasi
- gabungan antara negeri yang berdaulat dalam satu ikatan yang longgar; kuasa negeri dikekalkan dan kedaulatan negeri terpelihara m/s 66 T5 Bab 4
- Konvensyen
- persidangan anggota pertubuhan politik untuk membincangkan sesuatu perkara m/s 187 T4 Bab 7
- Kuasa budi bicara raja
- kuasa yang boleh dilaksanakan oleh baginda tanpa mendengar atau menurut nasihat ketua kerajaan dalam perkara tertentu m/s 57 T5 Bab 3
- Kuasa Veto
- hak atau kuasa penuh yang diberi kepada pihak tertentu sahaja, kuasa pembatal; kabinet pertama meminta Kuasa Veto Pesuruhjaya Tinggi dibatalkan m/s 206 T4 Bab 8
- Kuching Municipal Council (KMC)
- kawasan pilihan raya tempatan pertama di Sarawak; Kuching dibahagikan kepada sembilan kawasan (ward) m/s 203 T4 Bab 8
- Lambang kebesaran
- identiti kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka; simbol kedaulatan sultan m/s 7 T4 Bab 1
- Lancaster House
- tempat rundingan kemerdekaan di London antara wakil Raja-raja Melayu, Parti Perikatan dan British m/s 218 T4 Bab 9
- Laporan Pilihan Raya Pertama MPP 1955
- laporan tentang urusan pemilihan, peraturan, pembahagian kawasan, pendaftaran calon dan pengundi serta calon dan parti yang bertanding m/s 202 T4 Bab 8
- Local Government Elections Ordinance
- ordinan yang menjadi asas pilihan raya kerajaan tempatan pertama di Sabah untuk 118 kawasan m/s 203 T4 Bab 8
- MAGERAN
- Majlis Gerakan Negara; diberi kuasa memerintah semasa darurat dan mengawal ketenteraman negara m/s 130 T5 Bab 6
- Mahkamah Persekutuan
- Mahkamah Atasan yang diwujudkan apabila Malaysia dibentuk; mendengar persoalan perlembagaan dan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri m/s 30 T5 Bab 2
- Mahkamah Tinggi Borneo
- mahkamah yang menguruskan soal kehakiman di Sarawak dan Sabah m/s 30 T5 Bab 2
- Majlis Keselamatan
- badan penting di PBB yang bertanggungjawab mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa m/s 199 T5 Bab 9
- Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)
- majlis yang berperanan menggubal undang-undang pentadbiran pada peringkat Persekutuan Tanah Melayu m/s 204 T4 Bab 8
- Majlis Sultan-Sultan
- majlis (The Council of Sultans) yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malayan Union 1946, dipengerusikan oleh Gabenor m/s 43 T5 Bab 3
- Majlis Undangan (Sabah)
- majlis yang ditubuhkan pada tahun 1950 dan memberikan kuasa kepada Gabenor untuk menggubal undang-undang m/s 24 T5 Bab 2
- Malayan Union
- pentadbiran berpusat (kesatuan) di bawah jajahan British yang dirangka oleh Unit Perancang Tanah Melayu m/s 96 T4 Bab 4
- Malaysia Boleh
- slogan yang menunjukkan patriotisme rakyat tanpa mengira kaum ketika menyokong pasukan Malaysia m/s 155 T5 Bab 7
- Malaysian Malaysia
- kempen Lee Kuan Yew yang menuntut hak sama rata untuk semua kaum dan menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk m/s 119 T5 Bab 6
- Manifesto Perlembagaan Rakyat
- cadangan PUTERA-AMCJA: pemerintahan sendiri, Dewan Perundangan dan satu kewarganegaraan m/s 186 T4 Bab 7
- MAPEN
- Majlis Perundingan Negara; ditubuhkan untuk mengadakan garis panduan kerjasama antara kaum dan integrasi nasional m/s 166 T5 Bab 8
- Masyarakat progresif
- masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan perubahan dan kemajuan sains dan teknologi sambil mengamalkan nilai ketuhanan m/s 158 T5 Bab 7
- Melayu Raya
- penyatuan bangsa dan dunia Melayu berdasarkan persamaan daerah, darah, kebudayaan dan bahasa sebagai satu rumpun m/s 172 T4 Bab 7 m/s 92 T5 Bab 5
- Memorandum
- cadangan bertulis kepada suruhanjaya; 131 diterima tentang pentadbiran, kewarganegaraan, kedudukan istimewa, bahasa dan pendidikan m/s 222 T4 Bab 9
- Menambat kadar mata wang
- menetapkan satu kadar mata wang pada jumlah tertentu dan diperniagakan dengan kadar tersebut m/s 232 T5 Bab 10
- Mengekalkan kelestarian global
- usaha mengekalkan serta memelihara keaslian alam sekitar supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang m/s 238 T5 Bab 10
- Merdeka
- bebas daripada sebarang cengkaman kuasa asing; juga bebas menentukan pemerintahan dan hala tuju negara m/s 234 T4 Bab 10
- Min Yuen
- organisasi massa yang mendapatkan bekalan makanan dan wang kepada komunis; beroperasi pada sebelah malam tanpa senjata api m/s 157 T4 Bab 6
- Model Westminster
- sistem pemerintahan demokrasi mengikut Britain; menjadi asas sistem Majlis Mesyuarat Persekutuan yang disambung oleh kabinet pertama m/s 206 T4 Bab 8 m/s 27 T5 Bab 2
- Mohor Besar Raja-Raja
- mohor yang melambangkan kekuasaan dan kedaulatan Raja-raja Melayu; disimpan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja m/s 44 T5 Bab 3
- MPAJA (Bintang Tiga)
- Malayan People's Anti-Japanese Army yang dibentuk oleh PKM pada tahun 1942 untuk memerangi Jepun m/s 147 T4 Bab 6
- MPPB
- Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera; diwujudkan melalui DEB dan DPN, membentuk kelas bumiputera komersial yang melibatkan diri dalam sektor korporat m/s 182 T5 Bab 8
- Nasionalisme
- perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara; gerakan mencapai kebebasan daripada penguasaan orang asing m/s 22 T4 Bab 2
- Naturalised
- mereka yang telah serasi, memahami adat resam dan bertutur bahasa setempat; boleh memohon kewarganegaraan melalui undang-undang yang dikuatkuasakan m/s 135 T4 Bab 5
- Negara bangsa
- kerajaan yang mempunyai ciri seperti raja, undang-undang, wilayah pengaruh dan rakyat m/s 4 T4 Bab 1
- Neokolonialisme
- peluasan pengaruh politik oleh sesebuah kuasa besar terhadap negara lain m/s 106 T5 Bab 5
- Operasi Hammer
- rancangan berbentuk memenangi hati rakyat di Sarawak yang menggunakan kaedah Rancangan Briggs m/s 122 T5 Bab 6
- Operasi Letter Box
- operasi yang dilancarkan pada 22 Julai 1965 untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan komunis m/s 123 T5 Bab 6
- Orde baharu
- rancangan Jepun menyingkirkan kuasa imperialis Barat di Asia dan berkongsi kuasa serta kekayaan dengan lebih adil m/s 65 T4 Bab 3
- Ordinan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan
- ordinan tahun 1950 yang memberikan kuasa kepada majlis tempatan untuk mengadakan pilihan raya m/s 196 T4 Bab 8
- Pan-Islamisme
- seruan penyatuan persaudaraan umat Islam di seluruh dunia untuk menghalang peluasan kuasa Barat m/s 27 T4 Bab 2
- PARAKU dan PGRS
- Pasukan Rakyat Kalimantan Utara dan Pasukan Gerila Rakyat Sarawak; digunakan PKKU untuk membentuk republik komunis di Sarawak m/s 121 T5 Bab 6
- Parlimen
- badan perundangan di Malaysia yang berkuasa penuh membentuk undang-undang negara m/s 25 T5 Bab 2
- Pasaran bersama
- beberapa negara yang menghapuskan cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yang sama terhadap negara lain; dituntut Singapura (common market) m/s 119 T5 Bab 6
- Patriotisme
- perasaan cinta yang mendalam terhadap negara serta sanggup mempertahankan sejarah, bahasa, undang-undang, warisan dan budaya m/s 14 T5 Bab 1
- Pekeliling No. 9/1946
- arahan British yang melarang pegawai awam menyertai gerakan antipenyerahan m/s 110 T4 Bab 4
- Pembangunan In-Situ
- pembangunan fizikal desa seperti penyediaan kemudahan asas, rumah rakyat dan pusat pertumbuhan ekonomi desa m/s 72 T5 Bab 4
- Pembangunan Koridor Wilayah
- perancangan strategik jangka panjang yang memberikan tumpuan kepada negeri dan wilayah yang kurang pesat untuk mewujudkan keseimbangan pembangunan m/s 73 T5 Bab 4
- Pemerdagangan orang
- pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan seperti merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang m/s 229 T5 Bab 10
- Pengasingan kuasa
- pembahagian kuasa pemerintahan kepada badan perundangan, eksekutif dan kehakiman m/s 52 T5 Bab 3
- Penswastaan
- dasar untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan melalui pelaburan modal oleh sektor swasta m/s 178 T5 Bab 8
- Penyata Razak
- nama lain Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1957 m/s 183 T4 Bab 7
- Perang Dingin
- konflik politik antara Blok Barat diterajui Amerika Syarikat dengan Blok Timur diterajui Kesatuan Soviet m/s 197 T5 Bab 9
- Perang saraf
- rancangan British untuk menghapuskan komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat m/s 159 T4 Bab 6 m/s 121 T5 Bab 6
- Perang saudara
- perang antara dua kumpulan di dalam sesebuah negara, kebanyakannya akibat pergolakan politik m/s 200 T5 Bab 9
- Perikatan
- gabungan awal UMNO bahagian Kuala Lumpur dan MCA bahagian Selangor dalam Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur m/s 197 T4 Bab 8
- Perintah berkurung
- tindakan melarang penduduk keluar dari rumah dalam tempoh tertentu m/s 158 T4 Bab 6
- Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu
- perjanjian yang memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu dengan persetujuan kerajaan British m/s 218 T4 Bab 9
- Perjanjian Malaysia (MA63)
- Perjanjian Julai 1963 yang ditandatangani oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura m/s 103 T5 Bab 5
- Perlembagaan Persekutuan
- dokumen undang-undang bertulis yang menjadi teras pada sistem pemerintahan negara m/s 20 T5 Bab 2
- Perlembagaan Rakyat
- perlembagaan alternatif yang dicadangkan oleh PUTERA-AMCJA kepada Perjanjian Persekutuan 1948 m/s 130 T4 Bab 5
- Perpaduan kaum
- keadaan rakyat daripada pelbagai etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman dalam masyarakat yang bersatu, dengan komitmen penuh kepada identiti kebangsaan m/s 140 T5 Bab 7
- Persekutuan
- gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit pentadbiran; pentadbirannya dibahagikan kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri m/s 126 T4 Bab 5 m/s 66 T5 Bab 4
- Pertanian pintar
- penggunaan teknologi pintar bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian m/s 179 T5 Bab 8
- Pesuruhjaya Tinggi
- gelaran jawatan ketua perwakilan negara dalam kalangan negara Komanwel; setara dengan duta m/s 91 T5 Bab 5
- Piagam Atlantik
- piagam yang dirangka oleh Britain dan Amerika Syarikat (Ogos 1941) supaya tiada lagi peluasan wilayah selepas peperangan m/s 133 T4 Bab 5
- Pilihan raya
- asas berkerajaan sendiri yang memberikan peluang kepada rakyat memilih wakil atau parti yang akan membentuk kerajaan m/s 196 T4 Bab 8
- Pindaan Singapura
- pindaan perlembagaan 1965 yang membolehkan Singapura keluar daripada Malaysia m/s 31 T5 Bab 2
- PKKU
- Parti Komunis Kalimantan Utara, dibentuk oleh komunis Sarawak yang melarikan diri ke Kalimantan m/s 121 T5 Bab 6
- Prinsip Kelapan
- prinsip dalam Perlembagaan 1941 bahawa pemerintahan sendiri akan diberikan kepada rakyat Sarawak m/s 109 T4 Bab 4
- PUTERA
- Pusat Tenaga Rakyat; gabungan pertubuhan Melayu radikal yang diketepikan daripada Jawatankuasa Kerja m/s 128 T4 Bab 5
- Radikal
- istilah British bagi golongan yang berani menentang British secara terbuka dan membangkitkan perasaan anti-British dalam penulisan m/s 129 T4 Bab 5
- Raja Berperlembagaan
- kedudukan Raja-raja Melayu yang dilindungi sebagai raja di negeri masing-masing mengikut perlembagaan m/s 220 T4 Bab 9 m/s 8 T5 Bab 1
- Rakyat
- penduduk di sesebuah negara yang terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah m/s 9 T5 Bab 1
- Rakyat British
- mereka yang lahir di Melaka, Pulau Pinang dan mana-mana tanah jajahan British yang lain m/s 135 T4 Bab 5
- Rakyat Raja
- orang Melayu dan Orang Asli yang lahir dan tinggal di negeri Melayu yang mempunyai sultan m/s 135 T4 Bab 5
- Rancangan Buku Hijau
- rancangan untuk menambahkan pendapatan rakyat dan pengeluaran bahan makanan melalui penggunaan tanah sepenuhnya m/s 169 T5 Bab 8
- Rancangan Colombo
- rancangan pembangunan ekonomi dan sosial di bawah Komanwel untuk menangani masalah kemiskinan m/s 206 T5 Bab 9
- Rancangan Penempatan Goodsir
- usaha menghalang komunis yang dijalankan pada 30 Jun 1965, sempena nama David Goodsir m/s 122 T5 Bab 6
- RASCOM
- Rajang Area Security Command atau Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang di Bahagian Ketiga Sarawak m/s 78 T5 Bab 4 m/s 123 T5 Bab 6
- Referendum
- pungutan suara rakyat berhubung dengan sesuatu dasar politik dan sebagainya m/s 100 T5 Bab 5
- RIDA
- Lembaga Pembangunan Industri Desa (Rural Industrial Development Authority) untuk bantuan ekonomi dan kemajuan luar bandar m/s 177 T4 Bab 7
- RIMUP
- Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan; menggalakkan murid pelbagai kaum melibatkan diri dalam sukan m/s 152 T5 Bab 7
- Rukun 13
- kumpulan sulit golongan muda PPM di Sibu yang menyasarkan pegawai tinggi British m/s 112 T4 Bab 4 m/s 172 T4 Bab 7
- Rukun Negara
- ideologi negara yang dibentuk untuk menyatukan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan; dianggap falsafah hidup rakyat Malaysia m/s 157 T5 Bab 7
- Sekatan ekonomi
- menghentikan perdagangan dan membekukan harta milik Jepun di wilayah British, Amerika Syarikat dan Belanda m/s 65 T4 Bab 3
- Sekolah Umum dan Sekolah Jenis Umum
- sekolah rendah berbahasa Melayu; sekolah rendah berbahasa Inggeris, Cina atau Tamil (cadangan Penyata 1956) m/s 183 T4 Bab 7
- Semangat bushido
- sanggup menanggung risiko, bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan sedia berkorban untuk ketua dan negara m/s 27 T4 Bab 2
- Senarai Bersama
- perkara yang membolehkan Parlimen dan DUN menggubal undang-undang untuk perkara yang sama m/s 70 T5 Bab 4
- Senarai Negeri
- perkara di bawah kuasa pemerintahan Kerajaan Negeri yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan m/s 70 T5 Bab 4
- Senarai Persekutuan
- perkara di bawah kuasa pemerintahan Kerajaan Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, meliputi skop kepentingan nasional m/s 69 T5 Bab 4
- Senoi Praaq
- bermaksud Urang Perang dalam bahasa Semai; pasukan Orang Asli yang mengesan persembunyian komunis di dalam hutan m/s 154 T4 Bab 6
- Serampang dua mata
- strategi DEB: membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan peluang pekerjaan tanpa mengira kaum, dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi m/s 167 T5 Bab 8
- Sistem kewangan Islam
- sistem kewangan yang berlandaskan syarak dan menjadi alternatif kepada sistem kewangan konvensional m/s 232 T5 Bab 10
- Sistem perundangan
- asas kepada peraturan negara; berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan digubal oleh Parlimen m/s 9 T5 Bab 1
- Spekulasi mata wang
- membeli mata wang asing bukan untuk mengimport atau melabur, tetapi untuk menjualnya semula pada masa hadapan dengan harga yang lebih tinggi m/s 232 T5 Bab 10
- Strategi Counterinsurgency (COIN)
- usaha keselamatan dan pembangunan untuk memenangi hati dan fikiran rakyat bagi memerangi komunis m/s 125 T5 Bab 6
- Sungkit Berdarah
- peristiwa Rosli Dhoby menikam Duncan Stewart, Gabenor British kedua di Sarawak m/s 112 T4 Bab 4
- Suruhanjaya Pilihan Raya
- badan yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjalankan pilihan raya dengan adil m/s 29 T5 Bab 2
- Suruhanjaya Reid
- nama lain Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang membincangkan, menyusun dan merangka perlembagaan negara merdeka m/s 220 T4 Bab 9 m/s 27 T5 Bab 2
- Taman teknologi perindustrian
- pusat penyelidikan dan pembangunan industri di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi m/s 186 T5 Bab 8
- Tarif
- bayaran yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barang dan perkhidmatan yang diimport m/s 230 T5 Bab 10
- Terma Rujukan
- panduan tugas Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dalam menjalankan peranannya m/s 220 T4 Bab 9
- Testament Amanah Politik Perikatan
- memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Perlembagaan m/s 222 T4 Bab 9
- Testament Politik API
- risalah API (Disember 1946) dengan slogan “Merdeka dengan Darah” m/s 172 T4 Bab 7
- UNHCR
- badan PBB yang bertanggungjawab menjaga dan melindungi golongan pelarian serta golongan yang tidak bernegara m/s 199 T5 Bab 9
- United Nations Malaysia Mission (UNMM)
- jawatankuasa PBB untuk menilai dan membuat laporan tentang pembentukan Malaysia m/s 104 T5 Bab 5
- Wang pokok pisang
- mata wang Jepun yang dicetak tanpa kawalan sehingga menyebabkan inflasi m/s 71 T4 Bab 3
- Wawasan masa hadapan
- strategi jangka panjang sebagai panduan arah dasar dalam pelbagai aspek pembangunan negara m/s 242 T5 Bab 10
- Wilayah naungan
- wilayah yang menerima ketuanan Melaka melalui perkahwinan atau persahabatan m/s 7 T4 Bab 1
- Wilayah pengaruh
- kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja m/s 4 T4 Bab 1 m/s 246 T4 Bab 10
- Yang di-Pertuan Agong
- Raja bagi Persekutuan yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja dalam kalangan Raja Melayu untuk tempoh lima tahun m/s 224 T4 Bab 9